comscore
Tumpuan :
Politik

“Jangan lupa sejarah 22 bulan DAP berkuasa” – PM

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika di Majlis Sembang Santai Bersama Komuniti Kampung Mengkarak, Bera.

Oleh: Fazli Ahmad

BERA : Orang Melayu perlu sedar dan tidak terpedaya dengan dakyah dilemparkan pembangkang yang selama ini menjadi alat dipergunakan parti lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendakwa, PKR tidak mempunyai sebarang kuasa sebaliknya sekutu, DAP jika Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan.

“22 bulan agenda DAP habis segala hak kita agama kita diganggu oleh mereka. Kalau kita pilih PKR sama juga kita beri undi DAP jadi berhati-hati,” katanya ketika berucap di Majlis Sembang Santai Bersama Komuniti Kampung Mengkarak, di sini, malam ini.

Datuk Seri Ismail Sabri berkata penyokong UMNO juga perlu sedar sejarah atau asal usul penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Parti itu katanya ditubuhkan dalam kalangan bekas pendokong atau rakan seperjuangn UMNO tetapi menjadi pembelot.

Beliau mendakwa parti itu juga mempunyai agenda tersirat iaitu mahu membunuh UMNO untuk menjadi parti altenatif kepada orang Melayu.

“BERSATU ini ditubuhkan satu saja tujuan dia untuk bunuh UMNO dan parti dia dibentuk oleh mereka yang belot pada kita parti ini ditubuhkan orang semua daripada umno belaka tapi org yang mempunyai perasaan untuk membunuh UMNO dia nak jadi altenatif UMNO,” katanya.

Bagi mencapai agenda itu, pemimpin parti terbabit bertindak mempengaruhi penyokong UMNO dikalangan mereka yang sanggup mengadai prisip perjuangan dan melompat menyertai BERSATU.

Justeru katanya, ahli dan pemimpin UMNO perlu terus berhati-hati dengan agenda semua parti lawan.

Tegasnya, ahli UMNO dan orang Melayu perlu sedar mereka tidak akan mendapat sebarang faedah jika menyokong parti lain yang terbukti mempunyai agenda tersirat.

Katanya, beliau tidak berniat memperkecilkan parti lawan tetapi ingatan itu dinyatakan adalah kebenaran untuk difikirkan rakyat.

Loading...
Terkini