comscore
Tumpuan :
Politik

‘Jawatan 3 TPM Akan Dilaksana Jika Dalam Manifesto’

AMPANG: Cadangan melantik tiga Timbalan Perdana Menteri (TPM) perlu dimasukkan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) sekiranya mahu ia dilaksanakan selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini perkara itu belum dibincangkan.

“Tidak tahu lagi (calon TPM), biar kita menang PRU dulu. Sekiranya perkara ini di dalam manifesto, tentu saja kita akan pastikan ia dilaksanakan. Kita tunggu menang dulu baru kita bincangkan.

“Tentu saja kalau kita teruskan dengan cadangan manifesto ini, kita akan dapatkan nama dari wakil Sabah dan Sarawak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup [email protected] di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Klang di sini, hari ini.

Beliau mengulas ketika ditanya sama ada BN sudah memiliki calon untuk mengisi jawatan tiga Timbalan Perdana Menteri mewakili Semananjung, Sabah dan Sarawak.

Semalam, media melaporkan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata jaminan melantik wakil dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung, mengisi jawatan TPM itu akan dimasukkan dalam manifesto BN sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Ahmad Zahid dilaporkan berkata, jawatan tiga TPM itu akan diwujudkan jika BN muncul dominan untuk membentuk kerajaan Persekutuan pada PRU15 nanti.

Loading...
Terkini