comscore
Tumpuan :
Politik

Jejak Perkembangan Politik Malaysia | 16 Ogos 2021

Pergerakan Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menjadi tumpuan rakyat Malaysia khususnya petugas media susulan perkembangan politik semasa negara.


[LANGSUNG] TERKINI POLITIK : Strim langsung Perutusan Khas Tan Sri Muhyiddin Yassin.

2.30 petang – Tan Sri Muhyiddin keluar dari kediaman, menuju ke PMO

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan kediaman peribadinya di Jalan Setia Bakti 6, Bukit Damansara jam 2:30 petang.


1.08 petang – PM Tiba Di Kediamannya

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba ke kediaman peribadinya di Bukit Damansara jam 1:08 petang tadi.


[LANGSUNG] TERKINI POLITIK : Situasi Terkini Di Istana Negara | 16 Ogos 2021

12 Tengah hari – PM menuju ke Istana Negara

Kenderaan rasmi yang membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari Bangunan Perdana Putra jam 12 tengah hari menuju ke Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Tan Sri Muhyiddin sempat melambai ke arah kira-kira 20 petugas media pelbagai agensi yang berkampung di lokasi sejak jam 7 pagi tadi.


[LANGSUNG] TERKINI POLITIK : Situasi Terkini Di Bangunan Perdana Putra | 16 Ogos 2021




Mesyuarat Khas Kabinet: Kenderaan bawa jemaah menteri tiba di Perdana Putra

PUTRAJAYA: Kenderaan rasmi yang membawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Bangunan Perdana Putra pada jam 10 pagi tadi bagi menghadiri mesyuarat khas kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain itu, kenderaan rasmi yang membawa jemaah menteri mula memasuki Pejabat Perdana Menteri secara berperingkat sekitar jam 9.35 pagi tadi.

Antaranya, Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Azmin Ali serta Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin.

Turut kelihatan, kenderaan dinaiki oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan; dan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.




KEMELUT POLITIK | PM Pengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet (Buletin Pagi)

Mesyuarat Khas Kabinet dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan diadakan jam 10 pagi ini di Perdana Putra, Putrajaya.



8.06 pagi – PM tiba di Perdana Putra

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Bangunan Perdana Putra pada jam 8.06 pagi bagi mempengerusikan mesyuarat khas kabinet yang dijadual pada jam 10 pagi ini.

Tan Sri Muhyiddin terlebih dahulu akan mengadakan mesyuarat bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan pegawai kanan kerajaan.


7.42 pagi – PM keluar dari kediaman di Bukit Damanasara

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin tersenyum dan melambai ke arah petugas media yang menunggu di hadapan jalan keluar kediamannya di Jalan Setia Bakti 5, Bukit Damansara, 7:42 pagi ini.

Beliau dipercayai menuju ke pejabatnya di Perdana Putra, Putrajaya, sebelum dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pagi ini.

Loading...
Terkini