comscore
Tumpuan :
Politik

Johari Ghani berjaya tawan semula Titiwangsa (TIDAK RASMI)

Oleh: Juliana Sharin

KUALA LUMPUR: Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Johari Abdul Ghani berjaya menawan semula Parlimen Titiwangsa. Datuk Seri Johari mengistiharkan kemenangannya dengan majoriti 4,678 undi di pusat gerakan BN P119 di Taman Maluri.
“Sebenarnya, ini lah hasil kerja yang tuan puan bersama saya, bekerja selama empat tahun enam bulan,” kata Datuk Seri Johari kepada penyokongannya yang kemudiannya disambut laungan gemuruh.

Beliau yang juga bekas Menteri Keewangan ll menyandang kerusi itu sembilan tahun lalu pada PRU-13.

Datuk Seri Johari dan isteri Datin Seri Zurwati Haslinda Zainal Bahry mengundi di pusat mengundi SK Taman Maluri, 9.05 pagi tadi.

Pada PRU-15, Parlimen Titiwangsa membabitkan 80,747 pengundi berdaftar dengan tiga zon iaitu Kampung Baru, Kampung Datuk Keramat dan Kampung Pandan.
Ini bermakna beliau mengalahkan pesaingnya membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), Khalid Abdul Samad, calon PEJUANG, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan serta calon Perikatan Nasional (PN) Dr Rosni Adam.

Loading...
Terkini