comscore
Tumpuan :
Politik

“Kami redha dan taat” – PAS Johor.

Oleh: Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: PAS Johor redha dengan keputusan pucuk pimpinan Perikatan Nasional (PN) yang hanya diberikan empat kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 PRU-15 kali ini.

Pesuruhjaya PAS negeri, Abdullah Husin mengakui pihaknya sedikit terkilan kerana kerusi yang ditawarkan jauh berbeza berbanding dipusebelum ini.

Namun beliau yakin pimpinan tertinggi mempunyai sebab dan pandangan yang lebih baik dalam membuat percaturan diperingkat pusat.

“Bagi kami di Johor istilahnya, kami dengar dan kami taat, tiada perkara yang boleh puaskan hati semua pihak, kerana ada masa apa yang kita minta tak dapat, maknanya kita terima keputusan parti,” katanya pada sidang media memperkenalkan calon PAS di Ibu Pejabat parti itu di Bandar Baru Uda, hari ini.

Pada PRN yang lepas PAS bertanding 15 kerusi dan PRU-15 hanya empat kerusi.

Tegas Abdullah yang turut dicalonkan di Parlimen Muar, fokus kini untuk memastikan PAS menang di kerusi yang ditandingi.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi PN Johor yakin kerjasama dalam PN akan membuahkan hasil yang diharapkan.

“Kita berhasrat untuk lahirkan ‘anak sulung’ yang boleh jadi kembar dua atau empat jadi hasrat kita begitulah,” katanya.

PAS Johor memperkenalkan tiga lagi calon yang akan bertanding terdiri daripada Abdul Karim Deraman bagi Parlimen Parit Sulong, Zanariyah Abdul Hamid (Sri Gading) dan Mohd Nazari Mokhtar (Tenggara).

Untuk rekod, PAS sebelum ini tidak pernah bertanding mana-mana kerusi di Parlimen Johor dan pernah memenangi beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Loading...
Terkini