comscore
Tumpuan :
Politik

Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU-15

Calon BN bagi Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohamad. – Foto: NSTP

KLUANG: Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lalu menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, berkata ini bermakna gerak kerja yang dilakukan pada PRU-15 hampir sama dengan gerak kerja sewaktu PRN lalu.

Beliau yang juga calon BN bagi Parlimen Simpang Renggam berkata, antara yang terus dilaksanakan adalah program dan kaedah serta cara calon mendekati pengundi kawasan.

“Apa yang kita sama-sama lalui lapan bulan lalu (Mac) menjadi satu garis penanda aras kepada gerak kerja kita.

“Maknanya, kurang sama bentuk programnya dan kaedah, cara wakil rakyat (calon) mendekati pengundi di kawasan. Sesuatu pendekatan yang diambil, tidak kurang daripada apa dibuat pada PRN dulu,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Bekas Menteri Besar Johor itu berkata demikian ketika ditanya mengenai penerimaan BN di negeri ini selepas menghadiri program ramah mesra dan dialog komuniti Renggam di Gerai Makan, Taman Srijaya, Renggam, di sini.

Dalam pada itu, Hasni berkata, beliau menyedari isu yang dihadapi pada PRU-15 adalah berbeza dan BN Johor perlu menggunakan pelbagai kaedah untuk membuat penjelasan kepada pengundi.

“Saya dah katakan bahawa kita diwakili di semua kawasan Parlimen. Ahli Dewan Undangan Negeri kerajaan, mereka dipertanggungjawab untuk menjadi pihak yang membuat penjelasan dan dapat makluman tentang apa juga isu. Itulah kelebihan BN kerana kita ada wakil-wakil rakyat yang menang semasa PRN lalu,” katanya.

Pada PRN Johor BN telah memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan. – BERNAMA

Loading...
Terkini