comscore
Tumpuan :
Nasional

Kembali dalam pentadbiran UMNO, Shahrizat Jalil dilantik ahli MKT

Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dilantik sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, sekaligus mengesahkan kedudukannya dalam pentadbiran parti.

Pelantikan Shahrizat diumumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini termasuk beberapa lagi ahli MKT lantikan lain seperti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Bendahari Agung.

Shahrizat tewas dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Wanita UMNO baru-baru ini kepada Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat UMNO hari ini, Ahmad Zahid turut mengumumkan Ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) lantikan terdiri daripada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bergambar bersama dengan ahli MKT Umno yang hadir pada mesyuarat yang pertama Majlis Kerja Tertinggi (MKT) baharu selepas parti itu selesai mengadakan pemilihan pada Sabtu di WTC. – FOTO: NSTP

Pengerusi negeri yang dilantik ialah Datuk Rozabil Abd Rahman dari Perlis; Datuk Seri Mahdzir Khalid (Kedah); Ahmad Jazlan Yaakub (Kelantan); Datuk Seri Ahmad Said (Terengganu); Datuk Musa Sheikh Fadzir (Pulau Pinang); Datuk Seri Saarani Mohamad (Perak); Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (Pahang); Datuk Megat Zulkarnain Omardin (Selangor); Datuk Seri Johari Ghani (Kuala Lumpur); Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (Melaka); Datuk Seri Jalaluddin Alias ( Negeri Sembilan); Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Johor) dan Datuk Seri Bung Moktar Radin (Sabah).

Sementara itu Ahli MKT lantikan dari Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri pula terdiri daripada Datuk Dr Fathulbari Mat Jahya (Perlis); Datuk Seri Abd Azeez Abd Rahim (Kedah); Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh (Kelantan); Datuk Nik Dir Nik Wan Ku (Terengganu); Datuk Dr Ir Shaikh Hussein Mydin (Pulau Pinang); Datuk Azian Osman (Perak); Datuk Seri Ab Hamid Nazahar (Pahang); Datuk Johan Abd Aziz (Selangor); Datuk Seri Dr Shafei Abdullah (Kuala Lumpur); Datuk Hashim Rusdi (Negeri Sembilan); Datuk Rais Yasin (Melaka); Datuk Seri Ahmad Maslan (Johor) dan Datuk Seri Abd Rahman Dahlan (Sabah).

Loading...
Terkini