comscore
Tumpuan :
Politik

Kenderaan dengan plat kenderaan Sabah pula tiba di kediaman Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Lebih kurang 10 kenderaan mewah dengan plat pendaftaran negeri Sabah masuk ke kediaman Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini, jam 5.40 petang.

Kehadiran kenderaan itu dilihat selepas Presiden dan Timbalan Presiden PAS meninggalkan kediaman Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU di Bukit Damansara, di sini.

Terdahulu, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang keluar dari kediaman Muhyiddin kira-kira jam 4.30 petang tadi.

Sebelum itu, tujuh kenderaan memasuki rumah awal petang tadi, antaranya kenderaan yang membawa Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Loading...
Terkini