comscore
Tumpuan :
Politik

Kepimpinan BN selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pagi ini.

KUALA LUMPUR: Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Kenderaan mereka kelihatan keluar dari pintu 2, Istana Negara  jam  11.20 pagi selepas mengadap Yang Dipertuan Agong selama kira-kira 40 minit.

Ketiga-tiga pimpinan itu tiba secara berasingan sekitar jam 10.40 pagi tadi.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua 30 ahli Parlimen BN untuk menghadap baginda hari ini, selepas Al-Sultan Abdullah bertemu Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun, mesyuarat Dewan Tertinggi BN semalam memutuskan untuk memohon kepada Istana Negara untuk menangguhkan pertemuan baginda bersama 30 ahli Parlimen berkenaan.

Sementara itu, Datuk Seri Ahmad Zahid menerusi laman facebook beliau memohon semua mendoakan segala urusan dipermudahkan.

“Menjunjung titah DYMM Tuanku untuk ke Istana Negara pagi ini. .Doakan semoga segalanya dipermudahkan.”

Loading...
Terkini