comscore
Tumpuan :
Politik

Keputusan UMNO menamakan Ismail Sabri sebagai PM tidak berubah

Shahril Sufian Hamdan hadiri rumah terbuka anjuran ADUN Gadek.

Oleh Mahdi Ab Manaf

ALOR GAJAH: UMNO menyangkal dakwaan pihak tertentu yang cuba mengadu domba mengenai pelantikan Perdana Menteri, sekiranya Barisan Nasional diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, berkata, parti itu kekal dengan keputusan dan pendirian, menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri, dan bukannya individu lain seperti yang digembar-gemburkan.

Menurut beliau, UMNO tidak pernah terpesong dengan setiap keputusan besar yang dibuat parti itu, menyebabkan musuh politik tidak senang dengan keadaan itu serta mencari jalan untuk mengadu .

“Keputusan parti itu jelas iaitu andai kata BN diberi mandat, nama yang akan diangkat untuk pertimbangan Yang di-Pertuan Agong adalah Perdana Menteri sedia ada, Datuk Seri Ismail Sabri.

“Itu adalah keputusan parti dan saya yakin seluruh kepimpinan parti termasuk Presiden sendiri berkali-kali sudah bercakap yang memang ini keputusan parti yang akan dipatuhi,” katanya.

Beliau yang juga calon BN di Parlimen Alor Gajah, ditemui selepas menghadiri rumah terbuka Deepavali anjuran ADUN Gadek yang juga Pengerusi MIC Melaka, V.P Shanmugam, di Gadek, Melaka, malam tadi.

Shahril menambah, tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja mencipta surat aku janji palsu, yang kononnya mempunyai ikrar calon UMNO dan BN yang menang pada PRU-15 nanti, untuk mencalonkan serta menyokong Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri, dianggap sebagai terdesak.

Loading...
Terkini