comscore
Tumpuan :
Politik

Kerajaan Sabah kutuk kekerasan, kekacauan dalam PRU-15

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata beliau mengutuk sebarang kekerasan dan kekacauan dalam apa juga bentuk semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Justeru, beliau yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu memohon orang ramai terutama penyokong-penyokong parti agar tidak emosi dan kekal tenang bagi memastikan kelancaran pilihan raya kali ini.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan ketika mengulas insiden di pusat penamaan calon di Tenom pagi tadi, yang mana didakwa berlaku rusuhan apabila pencalonan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Peter Anthony ditolak Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) yang bertugas.

Datuk Seri Hajiji turut menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat punca insiden berkenaan.-BULETIN TV3

Loading...
Terkini