comscore
Tumpuan :
Politik

Ketua BERSATU Hulu Selangor pula  ‘angkat kaki’

Calon BN DUN Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kasim (kanan) bersama Ketua BERSATU Bahagian Hulu Selangor, Md Anuar Mohd Nor (tengah) pada program Pentas Anak Muda, malam semalam. – Foto ihsan pembaca

HULU SELANGOR: Ketua BERSATU Bahagian Hulu Selangor, Md Anuar Mohd Nor mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta kerana mendakwa ditipu pucuk pimpinan.

Beliau menyatakan sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kasim.

Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Hulu Selangor membuat keputusan itu jam 4 petang semalam.

“Selepas berfikir panjang kerana apa yang telah dilakukan kepada saya tidak munasabah, tidak masuk akal dan tidak berlaku di mana-mana parti.

“Jadi apa yang berlaku ni rancangan daripada geng kartel yang membuatkan saya jadi pening.

“Jadi, sekarang ini saya menyokong penuh kepada Datuk Isa kerana sudah lama mengenali beliau,” katanya pada program Pentas Anak Muda ,di sini, malam semalam.

BERSATU Hulu Selangor dilaporkan berdepan isu dalaman selepas Muhammad Muhaimin Harith Abdullah Sani diumumkan calon PN bagi DUN Batang Kali.

Muhammad Muhaimin didakwa termasuk dalam kumpulan ‘kartel’, iaitu label yang sering dikaitkan dengan pemimpin BERSATU , Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Susulan itu, berlaku protes membakar bendera PN dan tiga anggota BERSATU Hulu Selangor digantung keanggotaan selama tiga tahun kerana didapati mensabotaj kempen pilihan raya.

Loading...
Terkini