comscore
Tumpuan :
Politik

Khairy mahu segera buat keputusan

Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR: Bekas ketua pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata beliau akan putuskan segera sama ada menerima tawaran sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU.

Khairy yang juga bekas menteri kesihatan berkata beliau berasa adalah tidak adil membiarkan pihak yang membuat tawaran menunggu terlalu lama.

“Justeru, dalam masa terdekat saya akan sampaikan keputusan kepada (Presiden BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya selepas program Designing the Future bertajuk ‘What’s Next For Malaysia’ yang diadakan di UCSI University Campus Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu semalam yang menasihatkan Khairy supaya tidak terlalu lama menjawab tawaran parti itu.

Loading...
Terkini