comscore
Tumpuan :
Politik

Khairy tidak akan rayu pemecatan daripada UMNO

Khairy Jamaluddin

PETALING JAYA: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan beliau tidak akan merayu keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) memecatnya daripada parti itu.

Bekas Menteri Kesihatan itu berkata tiada gunanya berbuat demikian kerana pihak yang mahu beliau keluar tetap kekal dalam parti.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual dalam program Breakfast Grille bersama BFM pagi ini.

Bagaimanapun, bekas Ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau tidak berdendam dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan masih menganggapnya sebagai rakan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, dilaporkan mengesahkan Khairy Jamaluddin dan bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sr Noh Omar, dipecat daripada UMNO.

Beliau dilaporkan berkata, kedua-duanya dipecat parti disebabkan pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini