comscore
Tumpuan :
Politik

KJ tidak mahu komen hal parti lain

Oleh Juliana Sharin

SHAH ALAM: “Itu hal parti lain saya tak nak komen”

Itu jawapan ringkas Khairy Jamaluddin apabila ditanya mengenai syor Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli agar partinya mengekalkan R Sivarasa sebagai calon bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Parti lawan nak buat keputusan saya serah pada diaorang lah” tambah beliau.

Beliau ditemui media ketika melakukan tinjauan di sekitar Kampung Melayu Subang, di sini hari ini.

BN kelmarin mengumumkan penyandang kerusi Rembau itu sebagai calon Parlimen Sungai Buloh, manakala PKR pula sebelum ini mengumumkan pencalonan Timbalan Ketua Penerangan 1 parti itu, Datuk R Ramanan.

Perikatan Nasional (PN) pula mengumumkan wakil gabungan itu daripada PAS, Mohd Ghazali Md Hamin sebagai calon.

Selepas pengumuman Khairy sebagai calon di Parlimen berkenaan, terdapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang menggesa Pakatan Harapan (PH) untuk menukar calon mereka.

Pada PRU-14 yang lalu Sivarasa memenangi kerusi P 107 dengan jumlah undi 43,631, menewaskan 3 lagi lawannya dari PAS, BN dan Parti Sosialis Malaysia, PSM.

Jumlah pengundi yang keluar mengundi pada PRU14 adalah seramai 82.32 peratus yang mewakili seramai 12,229,514 orang daripada 14,940,624 pengundi yang berdaftar.

Loading...
Terkini