comscore
Tumpuan :
Politik

Kos sara hidup keutamaan Anwar

Tangkap layar daripada Sidang Media Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PUTRAJAYA: Isu kos sara hidup dan harga barangan yang semakin menekan hidup rakyat  ketika ini, menjadi keutamaan pentadbiran bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, Perdana Menteri berkata, beliau akan mengadakan pertemuan segera dengan jabatan dan agensi berkaitan untuk membincangkan perkara berkenaan.

“Keutamaan saya sekarang ialah kos sara hidup walaupun ada yang positif, umpamanya kekuatan ringgit dan soal bursa saham yang lebih positif sekali gus menunjukkan keyakinan terhadap pentadbiran sekarang.

“Namun, saya masih berasa keutamaan harus diberikan terhadap kos sara hidup dan harga barangan yang mencengkam dan menekan kehidupan rakyat.

“Saya akan mengadakan pertemuan segera dengan jabatan dan agensi berkenana dalam masa terdekat dan jika tidak keberatan mohon adakan pertemuan hujung minggu atau Isnin ini,” katanya pada sidang media, di sini.

Loading...
Terkini