comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] Langkah UMNO, BN sertai Kerajaan Perpaduan selaras nas, hadis sahih – Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulangi penegasan, bahawa penyertaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perpaduan, bagi menolak kemudaratan dan bahaya lebih besar kepada parti itu.

Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN itu, berkata dalam era pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini, UMNO terdedah kepada perpecahan sesama ahli.

“Agenda pecah perintah disasarkan terhadap parti. Inilah mudarat yang paling besar pada parti yang kesannya dapat dilihat dengan jelas menerusi keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Kita tidak boleh membenarkan lagi agenda seumpama itu berlangsung kepada parti ini pasca PRU-15, ” katanya ketika menggulung perbahasan Perhimpunan Agung UMNO 2022, yang berakhir hari ini selepas empat hari bersidang.

Ahmad Zahid mendakwa, langkah UMNO itu selaras dengan nas dan hadis sahih, yang mana lebih baik menolak kemudaratan, berbanding menarik sebarang kebaikan.

“Menolak kemudaratan dan bahaya lebih diutamakan, berbanding menarik sebarang kebaikan”

“Apa sahaja perkara yang boleh memudaratkan parti dan perpaduan dalaman mesti dihalang dan dielakkan,” katanya

Justeru, beliau menyifatkan, Kerajaan Perpaduan adalah solusi terbaik untuk parti itu, bagi mengelakkan UMNO sekali lagi diratah perpaduannya.

“Insya Allah dengan itu (menerusi kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan) juga kita mampu menghadapi PRN negeri terdekat ini dengan gagah dan kuat, khususnya di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Untuk Pulau Pinang dan Selangor serta Negeri Sembilan bersedialah, kita akan menjadi sebahagian daripada kerajaan semula,” katanya .

Loading...
Terkini