comscore
Tumpuan :
Politik

[LAPORAN LANGSUNG] Politik Malaysia: Sah! Anwar PM10 | 24 November 2022

Teka-teka siapa Perdana Menteri ke-10 terjawab selepas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menggalas jawatan penting itu.

Buletin TV3 akan bawakan berita terkini serta perkembangan yang berlaku secara langsung dari masa ke masa.

=========================================

=========================================

=========================================

=========================================

=========================================

1.32 tengah hari: Sah! Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

=========================================

12.50 tengah hari: Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) pada hari ini telah membincangkan dan bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan penubuhan Kerajaan Perpaduan yang melibatkan perbincangan dengan parti-parti yang sehaluan. – Hamzah Zainudin

=========================================

12.39 tengah hari: Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu dimaklumkan sudah selesai. Satu kenyataan akan dikeluarkan Istana Negara selepas ini.

=========================================

12.29 tengah hari: Pintu Pagar Utama Istana Negara ditutup. Tiada kenderaan keluar atau masuk.

=========================================

11.59 pagi: Kenderaan rasmi Istana Negeri Sembilan berangkat pulang dari Pintu 1 Istana Negara.

=========================================

11.57 pagi: Kenderaan rasmi Istana Johor berangkat pulang dari Pintu 1 Istana Negara.

=========================================

=========================================

Kenderaan yang membawa Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berangkat tiba di Istana Negara.
Kenderaan yang membawa Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Badlishah berangkat tiba bagi menghadiri perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara.

=========================================

10.53 pagi: Petugas Media dimaklumkan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional hanya akan berlangsung jam 3:00 petang.

Mesyuarat dijangka membuat ketetapan berhubung keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO mengenai sokongan kepada kerajaan perpaduan tanpa penglibatan Perikatan Nasional (PN).

=========================================

10.47 pagi: Kenderaan yang membawa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat tiba di Istana Negara bagi menghadiri Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu sebagai usaha Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mendapatkan pandangan mengenai pembentukan kerajaan.

=========================================

10.42 pagi: Kelihatan kenderaan membawa Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun masuk di Pintu 2 Istana Negara bagi menghadiri Mesyuarat Raja Raja di Istana Negara pagi ini.

=========================================

=========================================

=========================================

10.25 pagi: Kenderaan yang membawa Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat tiba bagi menghadiri perbincangan Khas Raja-Raja Melayu sebagai usaha Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merungkai kemelut pembentukan kerajaan di Istana Negara.

=========================================

=========================================

10.00 pagi: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof tiba di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin

Turut kelihatan, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ketua Srikandi , Datuk Seri Rina Harun.

=========================================

10.00 pagi: Tiada kelibat pimpinan tertinggi BN hadir di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Difahamkan hari ini bakal berlansung mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

=========================================

9.40 pagi: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang pertama tiba di Istana Negara bagi menyertai Perbincangan Khas Raja Raja Melayu yang dijangka bermula pada jam 11 pagi nanti.

=========================================

=========================================

9.25 pagi: Kenderaan membawa Pengerusi PN Perak yang juga Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tiba di kediaman peribadi Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara pagi ini.

Loading...
Terkini