comscore
Tumpuan :
Politik

Laungan hidup UMNO, hidup Melayu tinggal sejarah – Noh

KUALA LUMPUR: Laungan hidup Melayu, hidup UMNO, hanya tinggal sejarah.

Itu luahan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar selepas cubaan Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan seperti yang dibincangkan hari ini.

Menurutnya, keputusan untuk menyertai mana-mana parti ditangguhkan.

“Jawatankuasa perunding harus tegas bukan sekadar hanya untuk mendapat jawatan dalam kerajaan,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Beliau berkata, kesilapan dalam membuat keputusan hanya akan menyebabkan orang Melayu akan pulaukan UMNO.

“Dari 30 kerusi BN jangan sampai Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) nanti hanya tinggal tiga kerusi saja.

Beliau sebelum ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor selepas hilang kepercayaan dengan kepimpinan presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Untuk rekod, Noh menyandang kerusi Parlimen Tanjong Karang sejak PRU-9 pada 1995 namun digugurkan daripada bertanding pada PRU-15.

Loading...
Terkini