
Oleh Hamdi Fahmi Mohamad Zaki
SHAH ALAM: Lawan kita hari ini mengambil jalan nasionalisme yang sesat dengan membawa politik kebencian dengan membawa politik ala fasisme, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Amirudin Shari.
Katanya pihak terbabit semasa menjadi kerajaan mereka menguburkan institusi demokrasi termasuk meghalang parlimen daripada bersidang.
“Ini bukan perkara baru Kalau kita undur sejarah “Spanish Flu” yang merupakan pandemik yang sangat besar yang melanda dunia dalam sejarah kemanusian sebelum ini sebelum itu ada lagi di zaman kuno sebelum pandemik COVID-19 memang wujud gelombang fasis yang telah melahirkan Nazi dan sebelum perang dunia kedua dan elemen itu sedang dibawa”katanya
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional Khas PKR 2023, hari ini.
“Ada yang menyimpulkan mereka ini gelombang hijau,gelombang islam,”
“Sebenarnya yang dibawa oleh mereka dan kumpulan ini,riaknya caranya dan kaedahnya adalah “far-right, fasis yang tidak sesuai dengan semangat dalam politik dan semangat orang Malaysia” kataya
Katanya perjuangan kini adalah untuk mempertahankan negara daripada dirosakkkan oleh kelompok yang mempunyai idealisme seperti bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
“Sebab itu saya simpulkan kita bawa nasionalisme cintakan negara,cintakan bangsa Malaysia dan kepelbagaian dengan semangat manusiawi,satukan rakyat,kumpulkan rakyat kita pastikan rakyat bersatu,lupakan perbedaan,kita cari titik persamaan
Tambahnya istilah Madani yang dibawa kerajaan hari ini membawa konsep ketamadunan dan merangkul kekuatan semua.