comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] Mahasiswa boleh terbabit berkempen ketika PRN

KUALA NERUS: Mana-mana mahasiswa di negara ini tidak disekat untuk terbabit dalam parti politik termasuk berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya cuma tidak membenarkan mahasiswa membawa politik kepartian masuk ke dalam kampus di negara ini.

Foto : NSTP

Beliau berkata, pihaknya juga tidak menyekat kepada mahasiswa untuk memilih atau menyokong mana-mana parti politik yang mereka suka.

“Tidak, kita bukan policeman (anggota polis). Mereka (mahasiswa) bebas dan tidak ada sekatan.”Tapi, jangan bawa politik kepartian dalam kampus dan di luar jika mereka mahu bertanding, dia boleh bertandinglah.

“Tapi, tempoh hari tiada seorang mahasiswa menjadi calon,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pertukaran Dokumen Persefahaman antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan di UMT, di sini, hari ini.

Mohamed Khaled berkata, pihaknya juga beberapa kali meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).”Jadi, tidak timbul masalah kerana mahasiswa diberi kebebasan dan kita tidak ada sekatan kepada mereka termasuk  menyokong mana-mana parti sekalipun,” katanya.

Ditanya sama ada KPT akan menyediakan pengakutan kepada mahasiswa pulang mengundi, Ahli Parlimen Kota Tinggi itu berkata pada hari pengundian 12 Ogos, semua penuntut sudah habis peperiksaan.

“Kebanyakan penuntut sudah bercuti semester sekarang dan rasanya tidak.ada keperluan,” katanya.

Enam negeri akan menghadapi PRN membabitkan Terengganu, Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah dan Kelantan yang mana hari pengundian akan diadakan pada 12 Ogos depan.

Loading...
Terkini