comscore
Tumpuan :
Politik

Mahkamah Sabah Tolak Permohonan Semak Pembubaran DUN

Foto: Pustaka Buletin TV3

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini menolak permohonan 33 ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap keputusan Yang Dipertua Negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Julai.

Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim mendapati responden kedua dalam kes itu – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal – telah bertindak menurut Perlembagaan Sabah dalam memohon responden pertama – Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin – membubarkan DUN.

“Responden pertama (Juhar) juga telah mengambil tindakan yang tertakluk pada bidang kuasanya untuk membubarkan DUN,” katanya semasa menyampaikan keputusan mengenai perkara itu di sini.

Sejurus selepas keputusan itu disampaikan, kesemua 33 ADUN terbabit memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan.

Kumpulan 33 ADUN itu diketuai oleh bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman yang merupakan ADUN Sungai Sibuga. – BERNAMA

Loading...
Terkini