comscore
Tumpuan :
Politik

Manifesto BN: Bina litar permotoran, gubal akta jaga kebajikan pekerja gig

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) menjanjikan peruntukan RM20 juta setahun untuk membina litar sukan permotoran bagi membuka peluang belia terbabit dalam sukan permotoran di platform yang betul.

Membentangkan Manifesto BN, Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu juga berjanji untuk menggubal Akta Kontraktor Tanggungan (Dependent Contractor) dengan segera untuk melindungi hak, pendapatan dan kebajikan pekerja gig, pemandu e-hailing, penghantar makanan dan sebagainya.

Selain itu, BN turut berjanji untuk menyemak dan menambahbaik semua skim kebajikan veteran tentera, polis dan pasukan seragam lain serta membantu mereka meningkatkan akses kepada peluang pekerjaan dan keusahawanan demi persaraan bermaruah.

Loading...
Terkini