comscore
Tumpuan :
Politik

Manifesto BN: Gangguan seksual, layanan ikut jantina hapus sama sekali

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) berjanji untuk menghapuskan isu layanan berbeza kerana berlainan jantina di tempat kerja, jika diberi mandat membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan isu seperti gaji, imbuhan dan layanan berbeza kerana faktor gender, serta isu gangguan seksual di tempat kerja akan dihapuskan sama sekali.

“Kita mahu isu gangguan seksual, ketidaksaksamaan gaji, imbuhan dan layanan kerana perbezaan gender dihapuskan sama sekali dengan meneliti kesesuaian penubuhan Tribunal Kesaksamaan Gender dan menubuhkan Tribunal AntiGangguan Seksual,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam pengumuman manifesto BN yang disiarkan secara langsung di Facebook, hari ini.

Pada masa sama, Ahmad Zahid memaklumkan, BN juga akan memastikan isu pengambilan pekerja berasaskan gender, bangsa dan latar belakang akan turut diatasi jika menang dalam PRU-15.

Bagi menyelesaikan perkara itu, katanya, manifesto BN mencadangkan untuk menawarkan insentif cukai kepada syarikat yang mempunyai kemajmukan di peringkat pengurusan.

“Di peringkat swasta, kita ingin memastikan majikan mengambil pekerja daripada pelbagai bangsa, gender dan latar belakang dengan menawarkan insentif cukai kepada syarikat yang mempunyai kemajmukan pada peringkat pengurusan,” katanya.

Loading...
Terkini