comscore
Tumpuan :
Politik

Manifesto BN: Gubal Akta Penjagaan Warga Emas, peruntukan RM105 juta

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) menjanjikan penggubalan Akta Penjagaan Warga Emas dan peruntukan RM105 juta untuk lima tahun bagi pengendalian pusat penjagaan warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata, ia adalah bagi mewujudkan ekosistem perlindungan dan penjagaan warga emas yang lebih baik.

“Penggubalan Akta Penjagaan Warga Emas dan memantapkan fungsi dan keupayaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengendalikan pusat penjagaan warga emas dan OKU dengan peruntukan RM105 juta untuk lima tahun.

“Semua ini adalah pembaharuan struktural yang kita perlukan untuk melonjak Malaysia menjadi negara yang meletakkan kesejahteraan dan keadilan sosial pelbagai kumpulan masyarakat pada tahap terbaik dan selayaknya,” katanya dalam pelancaran Manifesto BN, di sini malam ini.

Loading...
Terkini