comscore
Tumpuan :
Politik

Manifesto BN: Pendidikan tinggi percuma kepada pelajar B40

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan menjanjikan pendidikan tinggi percuma kepada anak golongan B40 di semua universiti awam atau intitusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini.

Manifesto BN yang diumumkan Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menawarkan sistem pengajian anjal iaitu 50 peratus pengajian di kampus dan 50 peratus secara dalam talian.

Beliau berkata, janji itu adalah sebahagian usaha serius BN untuk membasmi kemiskinan secara strategik, adil dan bersifat jangka panjang.

“Selain pengajian tinggi percuma kepada semua individu dari kelompok B40, universiti awam atau IPTA di negara akan menawarkan sistem pengajian anjal iaitu 50 peratus pengajian di kampus, dan 50 peratus lagi secara dalam talian atau jarak jauh, yang sekali gus mengurangkan sehingga separuh kos pengajian.

“Malah, selepas ini, bagi menghapuskan eksploitasi, semua mahasiswa atau sesiapa sahaja yang melakukan latihan amali atau internship akan diwajibkan bayaran elaun oleh majikan.

“Perkara ini kita usahakan kerana kita sedar, pendidikan bukan sahaja pertahanan terbaik, malah senjata ampuh dalam memerangi kekurangan serta kesenjangan hidup,” katanya.

Loading...
Terkini