comscore
Tumpuan :
Politik

Manifesto BN: Pengecualian penuh cukai pendapatan kepada wanita kembali bekerja

Foto: Rina Mohd Harun/Facebook

KUALA LUMPUR: Wanita yang kembali ke alam pekerjaan selepas berehat daripada kerjaya, akan diberi pengecualian cukai pendapatan sepenuhnya, selama lima tahun.

Itu antara kandungan dalam dokumen Manifesto Barisan Nasional (BN), yang akan dilaksanakan jika gabungan itu menjadi kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

BN juga berjanji untuk membangunkan Hospital Pakar Awam Wanita (HAWA), yang pertama sebagai hospital pakar yang mengkhususkan isu kesihatan wanita, selain membina sebuah universiti awam wanita pertama.

Selain itu, gabungan itu juga akan menawarkan skim subsidi nasional kepada wanita untuk menjalani ujian mamogram dan saringan kanser serviks.

Pada masa sama, BN juga akan menawarkan insentif potongan cukai kepada majikan yang memperkenalkan sistem waktu kerja anjal kepada golongan ibu yang bekerja.

Loading...
Terkini