comscore
Tumpuan :
Politik

Manifesto BN: Perkenal sistem persekolahan tanpa buku teks

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) berjanji akan memperkenalkan sistem persekolahan tanpa buku teks dengan sesi pembelajaran berlangsung menggunakan komputer riba jika memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata untuk itu, BN berjanji akan memberikan komputer riba percuma kepada semua pelajar B40 ketika mengumumkan manifesto gabungan itu, malam ini.

“BN juga berjanji akan memastikan 100 peratus liputan internet 5G di semua sekolah dalam masa 18 bulan (selepas memenangi PRU-15).

“Ia antara usaha dalam mengangkat agenda pendigitalan pendidikan yang mahu dilakukan secara besar-besaran,” katanya semasa mengumumkan manifesto BN, di sini.

Loading...
Terkini