comscore
Tumpuan :
Politik

Manifesto BN: Pisahkan fungsi peguam negara, pendakwa raya

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) bercadang menghapuskan konflik kepentingan melalui pelaksanaan pemisahan jawatan dan fungsi peguam negara dan pendakwa raya.

Itu antara 99 inisiatif yang terkandung dalam dokumen manifesto BN yang dibentangkan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, malam ini.

BN akan mengkaji penurunan bidang kuasa kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri, bagi meningkatkan kecekapan serta mengukuhkan semangat Persekutuan-negeri.

Turut dimuatkan dalam dokumen manifesto BN, menaik taraf Insitusi Integriti Malaysia (IIM) sebagai sebuah suruhanjaya bebas, bagi mengukuhkan etika dan integriti institusi awam dan masyarakat.

Selain itu, BN akan mengambil tindakan susulan pembentangan laporan oleh pasukan bertindak khas berhubung kes Batu Putih dan buku mantan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Loading...
Terkini