comscore
Tumpuan :
Politik

Manifesto PN bakal dibentang esok

Oleh Ridhwan Rusydi Azri Roslan

PAGOH: Manifesto Perikatan Nasional bakal dibentang esok.

Kata Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, perincian manifesto parti itu akan diumum pada majlis pelancarannya di Kuala Lumpur.

Jelasnya, manifesto terbabit akan memperincikan serta mengambil kira semua perkara yang penting.

“Saya akan menyatakan bahawa kita tidak mahu berjanji, kita akan usahakan dan laksanakan sepenuhnya apa yang kita janji dalam manifesto kita.”

“Antara perkara yang akan ditegaskan berkaitan soal ekonomi, alam sekitar, belia, sosial, pendidikan, wanita dan perkara yang tertentu.” katanya selepas proses penamaan calon Parlimen Pagoh di Pusat Konvensyen Hub Pendidikan Pagoh.

Bercakap mengenai pencalonannya, bekas Perdana Menteri itu memberitahu yang beliau masih mendapat sokongan untuk menjadi ahli parlimen kawasan itu.

“Saya kira di Pagoh sudah sinonim dengan saya untuk lebih 40 tahun. Mudah-mudahan 19 November nanti saya diberi sokongan yang besar untuk dipilih sebagai wakil rakyat atau MP Pagoh.” – BULETIN TV3

Loading...
Terkini