comscore
Tumpuan :
Politik

‘Masa Shahidan sudah berlalu’ – Zahid

KUALA LUMPUR: Keputusan menggantikan penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dengan calon lain bertanding di situ dibuat selepas mengambil kira keperluan pengundi tempatan dan negeri Perlis.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata keputusan itu dibuat bukan kerana Shahidan tidak layak bertanding semula di kawasan berkenaan, tetapi masa untuknya disifatkan ‘sudah berlalu’.

“Dia lebih daripada layak (untuk dicalonkan di Parlimen Arau) tetapi masanya sudah berlalu,” katanya ketika ditemui media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini.

Malam tadi, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO mengumumkan muka baharu iaitu Datuk Rozabil Abdul Rahman sebagai calon Parlimen Arau pada PRU-15, sekali gus menggantikan tempat Shahidan di kawasan itu.

Rozabil adalah bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis dan bekas Ketua Pemuda Bahagian Arau, atau cukup dikenali sebagai ‘Tok Ben’.

Susulan itu, Shahidan semalam mengesahkan akan meneruskan hasrat bertanding pada PRU-15 kali ini.

Beliau berkata, tindakan itu dilakukan selepas kelima-lima nama ‘calon boleh menang’ yang dicadangkan ke pusat tidak diambil peduli oleh Pengerusi BN.

Katanya, beliau akan merujuk kepada cawangan untuk bertanding atas tiket mana, tetapi jelasnya (cawangan) lebih memilih parti yang bergerak ke arah Muafakat Nasional (MN) bersama PAS dan BERSATU. -BERITA HARIAN

Loading...
Terkini