comscore
Tumpuan :
Politik

Masih ada yang berani, waras dalam UMNO – KJ puji ahli lapor ROS

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin hadir menyaksikan perbahasan usul pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2022 sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin memuji tindakan beberapa ahli parti merujuk isu satu usul yang diluluskan baru-baru ini ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Malah, bekas menteri kesihatan itu juga menganggap mereka yang membuat laporan berkenaan sebagai ahli UMNO yang menjadi berani dan waras.

“Well done, guys,” kata Khairy, “ada yang masih berani dan waras dalam UMNO.”

Menurut Khairy, beliau yakin ROS akan mengambil tindakan sewajarnya susulan aduan yang dikemukakan.

“Saya yakin dengan kredibiliti ROS untuk buat semakan terhadap usul (dikemukakan perwakilan) Rembau di PAU (perhimpunan agung UMNO),” katanya menerusi Instastory.

Terdahulu, Ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom (ahli UMNO Negeri Sembilan) hari ini dilaporkan menghantar notis bantahan kepada ROS.

Notis bantahan tersebut dibuat kedua-dua mereka selepas beranggapan usul tambahan berkaitan dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan UMNO.

Pada 13 Januari lalu, perwakilan Negeri Sembilan, Mohd Shukri Samsudin, mengemukakan usul tambahan dalam PAU 2022 bagi membolehkan jawatan presiden UMNO dan timbalan tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

Loading...
Terkini