comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] MB Kedah setuju cadangan pilihan raya serentak 5 negeri lain

Oleh Kumaran Rajamoney

KULIM: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersetuju untuk mengadakan perbincangan bagi menyelaras waktu sesuai mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN), termasuk negeri dibawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Pendiriannya itu adalah untuk mengkoordinasi proses mobilisasi jentera dan aturan pilihan raya dijalankan selain memudahkan pengundi.

“Pengundi juga boleh memanfaatkan cuti, jika pilihan raya diadakan secara serentak. Persiapan parti yang bertanding juga boleh fokus kepada negeri maing-masing.”

“Kalau diadakan secara berasingan, tumpuan akan terarah di satu negeri. Petugas hendak bercuti pun menjadi susah,” katanya.

Cadangan itu bagaimanapun katanya perlu dibincangkan bersama kepimpinan parti serta negeri Kelantan dan Terengganu sebelum dimuktamadkan.

Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah berkata demikian ketika ditemui di perkarangan Kompleks Sukan Hi-Tech Kulim ketika menemani calon PN Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin pada penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 parlimen Padang Serai di sini, hari ini.

Kenyataan itu merujuk kepada cadangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang mahu pilihan raya negeri Pulau Pinang diadakan serentak dengan lima negeri lain.

PAS sebelum ini memutuskan untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri di Kedah, Kelantan dan Terengganu bersekali dengan PRU-15.

Keputusan sama dibuat negeri pimpinan PH iaitu Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor.

Keputusan itu dibuat bagi menolak cadangan Barisan Nasional (BN) membubarkan parlimen pada Oktober lalu, atas alasan mahu menunggu musim monsun berakhir.

Loading...
Terkini