comscore
Tumpuan :
Politik

MCA ulangi ikrar sokong Ismail Sabri sebagai PM selepas PRU-15

Oleh: Zahir Senapiah

AYER HITAM : MCA mengulangi ikrar menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, pendirian parti itu tidak berubah meskipun ada dikalangan pemimpin pembangkang menangguk di air keruh.

“Sebagai pemimpin MCA saya sekali lagi ingin menyatakan bahawa pendirian MCA tidak berubah mahu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri selepas PRU-15, parti lain tak payah sibuk jaga tepi kain kita” beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena majlis ramah mesra yang dihadiri oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kompleks Balai Orang Ramai , Taman Suria, Ayer Hitam

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad.

Loading...
Terkini