comscore
Tumpuan :
Politik

Memorandum Kerajaan, PH Bentuk Kerjasama ‘Dwi-Partisan’

Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan hari ini memeterai Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata memorandum berkenaan membentuk satu kerjasama ‘dwi-partisan’ yang ampuh dan mantap dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia, selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Parlimen Keempat Belas hari ini.

“Titah hasrat Baginda Tuanku, semua pihak perlu mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian kepada apa jua permasalahan demi mencapai matlamat Malaysia Makmur,
Inklusif dan Mampan

“Semangat Keluarga Malaysia yang menekankan perpaduan, kesepakatan dan kebersamaan inilah yang dizahirkan dalam memorandum persefahaman oleh kerajaan dan Ahli-ahli Yang Berhormat pada petang ini” katanya dalam satu kenyataan.

Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimaktubkan hari ini merangkumi:
I. Pemerkasaan Pelan COVID-19
II. Transformasi Pentadbiran
III. Pembaharuan Parlimen
IV. Kebebasan Institusi Kehakiman
V. Perjanjian Malaysia MA63
VI. Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Tambahnya, Kerajaan yakin memorandum persefahaman ini bukan sahaja berupaya mengenepikan segala perbezaan politik, bahkan mampu memastikan pemulihan negara berjalan secara holistik dan inklusif.

Loading...
Terkini