comscore
Tumpuan :
Politik

Mengarut, keterlaluan – Anwar selar pembangkang keluar fatwa politik 

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Ceramah Mega Perpaduan Madani, di Taman Uda Utama, Johor Bahru malam tadi. – Foto: NSTP

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tindakan pembangkang berkempen sehingga meletakkan hukum haram mengundi calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Sabtu ini sebagai keterlaluan dan perlu dihentikan.

“Saya nak tanya yang sibuk nak halang kita (PH), nak halang Suhaizan (calon PH bagi PRK Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat) menang, nak halang (majoriti) dua per tiga kerajaan, buat apa?

“Ini jadi masalah. Macam disebut tadi, undi orang ini haram… ini apa, kamu siapa?

“Ini saudara kita ‘must put a stop to this nonsense’ (mesti hentikan perkara karut ini). Tak boleh lagi ada begini,” kata Perdana Menteri  ketika berucap pada Ceramah Mega Perpaduan Madani, di Taman Uda Utama, malam tadi.

Turut hadir ialah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu; dan Suhaizan.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilapor menyatakan haram hukumnya bagi mereka yang mengundi calon PH, Suhaizan Kayat, pada  PRK Parlimen Pulai.

Beliau berkata demikian di Ceramah Perdana PN di Kempas, pada Sabtu lalu.

Loading...
Terkini