comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] Menteri Besar Perak angkat sumpah

KUALA KANGSAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan Datuk Seri Saarani Mohamad mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah petang ini.

Terdahulu, Saarani, 61, menerima watikah pelantikan daripada Sultan Nazrin pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perak di Balai Istiadat Kecil Istana Iskandariah di sini.

Beliau kemudian menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Ipoh Datuk Abdul Wahab Mohamed.

Berangkat sama Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

FOTO: Facebook/ Perak Kini

Sultan Nazrin telah memberi perkenan pelantikan Saarani berpandukan Perkara 16 Fasal 2 (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak setelah pada timbangan baginda, ADUN Kota Tampan itu boleh mendapat kepercayaan sebahagian besar ADUN.

Pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak itu sebagai Menteri Besar dipersetujui oleh Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) selepas kedua-dua gabungan politik bersetuju menjalin kerjasama membentuk kerajaan negeri.

Pada PRU-15, Perikatan Nasional (PN) memperoleh 26 kerusi manakala PH dan BN masing-masing mendapat 24 serta sembilan kerusi sekali gus membentuk kerajaan negeri baharu di Perak. – BERNAMA

Loading...
Terkini