comscore
Tumpuan :
Nasional

Mesyuarat MKT baharu UMNO hari ini

UMNO akan mengadakan mesyuaratnya yang pertama bersama barisan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) baharu hari ini, selepas parti itu selesai menjalani pemilihan pada Sabtu lalu. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: UMNO dijadual mengadakan mesyuaratnya yang pertama bersama barisan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) baharu hari ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan berlangsung di ibu pejabat UMNO di Menara Dato Onn di sini, jam 2 petang.

Difahamkan, agenda mesyuarat menjurus kepada pengurusan parti serta perkara berkaitan pasca pemilihan UMNO selain menyentuh mengenai pilihan raya negeri (PRN) yang bakal diadakan di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

Pada pemilihan parti itu Sabtu lalu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berjaya mengisi dua daripada tiga kerusi Naib Presiden UMNO.

Dalam saingan lapan penjuru itu, seorang lagi penyandang kerusi itu, Menteri Pendidikan Tinggi yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berjaya mengekalkan jawatannya.

Turut dipertandingkan pada pemilihan itu ialah 25 jawatan ahli MKT.

Bagaimanapun, dua jawatan tertinggi UMNO iaitu Presiden dan Timbalan Presiden, tidak dipertandingkan susulan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 .

Loading...
Terkini