comscore
Tumpuan :
Politik

Mesyuarat Top 5 UMNO Bermula

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini menghadiri mesyuarat membabitkan lima pemimpin tertinggi UMNO atau dikenali ‘Top 5’.

Perkara itu dikongsikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, di akaun Facebook rasminya.

Bekas Menteri Besar Johor itu turut memuat naik gambar kelima-lima mereka sedang bermesyuarat.

Difahamkan, mesyuarat itu berlangsung di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato Onn di sini.

Top 5 merujuk kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan dan tiga Naib Presiden iaitu Ismail Sabri, Mohamed Khaled serta Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Sebelum ini, UMNO memaklumkan perkara berkaitan tarikh pilihan raya umum akan dibincangkan dalam kalangan Top 5 parti itu.

Malam ini, MKT UMNO akan bermesyuarat, antaranya bagi membincangkan isu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini