comscore
Tumpuan :
Politik

MKT UMNO Setuju PRU15 Diadakan Tahun Ini

 

Oleh Amirulhakim Lokman

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju dan membuat ketetapan Pilihan Raya Umum Ke-15 PRU15 akan diadakan pada tahun ini.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, cadangan tarikh pembubaran parlimen juga akan dipersembahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kepada Yang Dipertuan Agong selaras dengan Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

https://youtu.be/xJ06-1lT_DM

Keputusan Mesyuarat ini adalah berasaskan pendirian konsisten UMNO sejak dari awal untuk memulangkan mandat rakyat yang tertangguh akibat Pandemik Covid-19 setelah runtuhnya Kerajaan Pakatan Harapan kerana persengketan dalaman politik sesama mereka.” katanya.

Sehubungan itu katanya, semua jentera parti di setiap peringkat diarahkan untuk memuktamadkan segala persiapan yang telah dibuat sebelum ini bagi memasuki fasa pembubaran sehinggalah kepada tarikh Pilihan Raya Umum ke-15.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media, selepas menghadiri mesyuarat MKT di Menara Dato Onn, ibu negara.

 

Loading...
Terkini