comscore
Tumpuan :
Politik

Mohamad Said yakin sokongan BN di Kemaman

 

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

KEMAMAN: “Saya orang Kemaman, saya tahu selok belok masyarakat di sini, saya yakin akan memberi kemenangan kepada BN”

Itu respon Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang juga Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ditanya sama ada beliau secara sukarela mencalonkan diri untuk bertanding di kerusi Parlimen, beliau menjelaskan itu keputusan parti.

Ahmad yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO negeri menjelaskan, dia mencalonkan tiga nama iaitu pilihan pertama, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, kedua, Hisham Zuber (bekas pegawai khas Ahmad Shabery) dan beliau sendiri.

Namun katanya, disebabkan Ahmad Shabery kini menghadapi masalah kesihatan dan sedang dirawat di hospital, beliau diminta untuk menggantikan tempat Ahmad Shabery.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan parti kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk merampas kerusi berkenaan daripada PAS yang memenangi kerusi itu pada PRU-14.

Diminta mengulas mengenai calon Parlimen Terengganu yang diumumkan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malam tadi, beliau sebaliknya memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Saya sukar untuk mengulas kerana calon Kerusi Parlimen Kuala Nerus belum diumumkan”.

Sementara itu penyandang Kerusi Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali disebut-sebut sebagai calon Parlimen Kuala Nerus.

Ujarnya pucuk pimpinan parti sedang berbincang mengenai perkara itu dan belum lagi memuktamadkan sebarang keputusan.

Loading...
Terkini