comscore
Tumpuan :
Politik

Mohon maaf atau jumpa di mahkamah

Siti Aishah (tengah) membuat laporan polis terhadap Razman di IPD Bagan Serai, hari ini.

BAGAN SERAI: “Kita beri 24 jam kepada Razman untuk mohon maaf secara terbuka, Jika gagal tindakan saman menyusul,”

Demikian menurut calon Pakatan Harapan (PH), bagi Parlimen Bagan Serai, Siti Aishah Saikh Ismail yang menuntut calon Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Razman Zakaria membuat permohonan maaf secara terbuka selepas didakwa menghina Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tular satu video mendakwa Razman menghina Datuk Seri Anwar dan PH ketika ucapannya di Tapak Pasar Hari Tebuk Panchor, semalam.

Menurut Siti Aishah, tuntutan itu dibuat susulan ungkapan digunakan Razman didakwa berniat jahat dan merupakan provokasi fitnah yang melampau.

“Kita juga mahu menujukan teguran ini kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad, yang juga Calon PN di Parlimen Bagan Serai, adakah beliau dan Razman menggunakan politik fitnah sebagai asas kempen berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini,” katanya selepas membuat laporan di IPD Bagan Serai, tengah hari tadi.

Siti Aishah berkata, mereka juga memberikan Idris tempoh 24 jam bagi menjawab perkara itu dan sekiranya tiada jawapan, bermakna beliau setuju fitnah menjadi asas kempen PN dalam PR-15 ini.

“Sikap mereka ini menunjukkan kepada masyarakat Bagan Serai ini bahawa parti mereka (PAS) ini yang menjadikan Islam sebagai benteng agama.

“Pada generasi muda ini adalah satu bentuk penilaian yang perlu dilihat semua, bagaimana politik matang yang dibawa PH akhirnya dibusukkan dengan cara politik fitnah yang dibawa PN, khususnya BERSATU dan PAS.

“Jadi kita akan tunggu permohonan maaf dari mereka dan bersedia dengan perlawanan undang-undang yang akan kita ambil dalam masa terdekat,” katanya.

Video berdurasi 84 saat itu memaparkan Razman dalam ucapannya, mendakwa orang-orang Melayu yang menyokong PH, umpama menjadi tangan-tangan yang nak menyerahkan negeri kepada DAP yang diketuai oleh Anwar dan Lim Kit Siang.

Dalam video itu Razman mendakwa Anwar mahu membawa agenda LGBT dalam negara ini, yang membolehkan lelaki boleh kahwin dengan lelaki, manakala wanita boleh mengahwini kaum sejenis mereka.

Loading...
Terkini