comscore
Tumpuan :
Politik

Muafakat Nasional bukan parti politik, tapi NGO – Annuar Musa

Oleh Buletin Tv3

PETALING JAYA: Selepas membuat kejutan mengumumkan dirinya adalah Presiden Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa kembali menjelaskan mengenai perkara itu.

Menurut Tan Sri Annuar, Muafakat Nasional bukanlah sebuah parti politik sebaliknya ia didaftarkan dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

“Pada masa ini Muafakat Nasional (MN) bukanlah sebuah parti politik. Ia sebuah badan NGO berdaftar di bawah pendaftar pertubuhan secara rasmi dan sah.

“Tidak berbangkit soal MN menyertai pilihanraya. MN boleh diaktifkan untuk menjalankan aktiviti yg selari dengan perlembagaannya. Harap maklum,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.

Penyandang Parlimen Ketereh itu dalam hantaran di Facebook sebelum ini mengumumkan beliau adalah Presiden MN.

Beliau yang digugurkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi itu berkata beliau kini mempunyai landasan baharu untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

Loading...
Terkini