comscore
Tumpuan :
Politik

MUDA diterima PH?

PETALING JAYA: Kehadiran Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menguatkan desas-desus bahawa parti itu diterima dalam gabungan berkenaan.

Ahli Parlimen Muar itu tiba di ibu pejabat PKR, di sini pada jam 4.45 petang tadi.

Ketika ini, mesyuarat Majlis Presiden PH sedang berlangsung yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turur kelihatan hadir ialah, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Timbalannya, Datuk Seri Salahuddin Ayub; Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan Setiausaha Agungnya, Anthony Loke.

Hadir sama, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli; Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil dan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Adam Adli.

Pada 10 September lalu, Anthony mengesahkan Majlis Presiden PH menerima permohonan MUDA untuk menyertai PH secara rasmi, dengan permohonan itu dihantar oleh Syed Saddiq.

Namun Oktober lalu, Anwar menjelaskan masih belum membuat sebarang ketetapan berhubung penyertaan MUDA ke dalam gabungan itu.

MUDA menjalinkan kerjasama dengan PH untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang menyaksikan parti itu memenangi satu kerusi di Muar.

Loading...
Terkini