comscore
Tumpuan :
Politik

Muhyiddin patut jawab kenapa Ahli Parlimen PN hilang keyakinan – Anwar

Oleh: Kumaran Rajamoney

BUKIT MERTAJAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mencabar kerajaan mengisytiharkan kekosongan kerusi di enam kawasan Parlimen dan satu Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor membabitkan wakil rakyat PN yang belot.

Ini kerana, Tan Sri Muhyiddin sendiri katanya adalah pakar dalam tindakan lompat parti dan patut menjawab persoalan mengenai kenapa Ahli Parlimen PN hilang keyakinan kepada gabungan parti itu.

“Kepala lompat parti nak cadang. Terpulang kepada ahli parlimenlah, bukannya saya.”

“Dia yang pakar pergi lompat dan ‘scheme of things”. Itu dia patut jawab. Orang dah hilang keyakinan kepada Bersatu terutamanya,” katanya ketika ditemui pemberita di Program Lawatan dan Ramah Mesra ke Ibupejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, di sini.

Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin dilaporkan mencabar Kerajaan untuk mengisytiharkan kekosongan enam kerusi itu bagi mengembalikan mandat kepada rakyat untuk membuat keputusan setelah wakil rakyat PN yang dipilih dalam pilihan raya umum (PRU) lalu mengkhianati parti dengan menyokong kerajaan.

Enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar sebelum ini adalah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang); Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang);Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar); dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini