comscore
Tumpuan :
Politik

“Nantikan pengumuman saya Rabu ini” – Syed Saddiq

PETALING JAYA: Status Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sama ada akan mempertahankan kerusi Parlimen Muar atau sebaliknya akan diketahui Rabu ini.

Syed Saddiq berkata beliau menghormati institusi kehakiman dan kini diberi ruang untuk membela diri.

“Status saya, nantikan pengumuman pada Rabu ini. Apa yang penting saya menghormati institusi kehakiman.

“Malah saya sudah menyarankan kepada semua penyokong MUDA supaya turut menghormati institusi kehakiman negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai saranan pelbagai pihak supaya tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kerana sedang berdepan pertuduhan kes mahkamah.

Loading...
Terkini