comscore
Tumpuan :
Politik

Negeri diperintah PN wajar segerakan PRN – Shahidan

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim

Oleh Kumaran Rajamoney

KULIM: Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan kerajaan negeri dibawah pimpinan Perikatan Nasional (PN) menyegerakan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Jelasnya, momentum gelombang sokongan yang tinggi perlu dimanfaatkan bagi membantu memberikan kemenangan “sapu bersih” kepada gabungan itu.

“Jadi saya percaya ini masa yang terbaik. Selepas habis Pilihan Raya Umum di Padang Serai dan Tioman, eloklah buat pilihanraya negeri.”

“Pernah berlaku dalam sejarah bila Rasulullah balik pada satu peperangan, Rasulullah tidak benarkan askar-askar balik ke rumah, terus berperang dengan orang-orang Yahudi. Jadi selepas pilihan raya besar ini saya ingat askar-askar kami pun tak balik lagi,” katanya.

Shahidan juga yakin, pembentukan kabinet yang mengenepikan agenda diperjuangkan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini akan memberikan kelebihan kepada PN.

“Orang UMNO marah kerana gabungan bersama DAP. Saya percaya perlahan-lahan sokongan itu akan dizahirkan kepada PN yang menggerakkan perpaduan ummah.”

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program flashmob di Bandar Putera di sini hari ini.

Loading...
Terkini