comscore
Tumpuan :
Politik

Noraini sah pertahan jawatan, saingan Ketua Wanita UMNO dikhabarkan sengit

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR: Saingan merebut jawatan Ketua Wanita UMNO pada pemilihan parti bulan depan dijangka menarik selepas beberapa nama dikhabarkan sedia bertanding termasuk kemungkinan kemunculan semula tokoh lama sayap itu yang pernah terpalit beberapa kontroversi.

Sumber Wanita UMNO yang dihubungi mengesahkan penyandang yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad akan mempertahankan jawatannya.

Selain Noraini, Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Norliza Abdul Rahim juga dikhabarkan akan memberi saingan, ketika ada ura-ura pula mengatakan bekas peneraju sayap itu, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil akan kembali bersaing merebut jawatan berkenaan.

“Setakat ini beliau (Noraini) kekal untuk mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Wanita UMNO dalam pemilihan akan datang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan EXCO Wanita, EXCO Pergerakan Pemuda dan EXCO Pergerakan Puteri UMNO Pusat akan diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac depan.

Sementara itu, bekas EXCO Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin yang sebelum ini dinamakan antara pencabar Noraini mengesahkan tidak bertanding dalam sayap itu sebaliknya merebut jawatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said pula hampir pasti akan bersaing merebut jawatan Naib Presiden UMNO, sementara bekas EXCO Kedah, Datuk Suraya Yaakob juga akan merebut jawatan MKT UMNO.

Loading...
Terkini