comscore
Tumpuan :
Politik

PAS dijangka bentang enam usul penting dalam muktamar esok

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari. – FOTO: NSTP

Oleh: Fahmi Tajuddin

TEMERLOH: PAS akan membentangkan enam usul penting semasa sesi Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-70 esok.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata usul itu antara lain akan menyentuh isu politik, hal ehwal antarabangsa dan ekonomi.

“Esok kita akan ada sesi pembentangan usul yang menjadi intipati penting dalam setiap muktamar yang kita adakan. Kita akan ada enam usul, usul-usul yang akan meliputi isu antarabangsa, politik dan ekonomi,

“Saya tidak boleh dedahkan secara terperinci lagi, tetapi esok adalah usul yang penting dan ada sedikit kejutan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media ringkas bersempena Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-70 di sini.

Mengulas berkenaan usul pembukaan keahlian ahli bukan Islam sebagai anggota parti itu, Ahmad Fadhli memaklumkan usul pindaan perlembagaan itu dijadualkan hari ini.

Semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata fokus utama pindaan perlembagaan akan melibatkan penerimaan keahlian ahli PAS bukan islam.

“Pindaan perlembagaan dibuat beberapa perkara, perkara pokok ialah orang bukan Islam minta jadi ahli biasa sedangkan PAS hanya orang Islam boleh jadi ahli, sebab itu kita ada DHPP (Dewan Himpunan Pendukung Pas), jadi nak pinda itu,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini