comscore
Tumpuan :
Politik

‘PAS jangan berangan dapat sertai kerajaan’ – Zahid

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

BAGAN DATUK: PAS diminta supaya tidak memasang impian menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan yang memegang tampuk pentadbiran negara ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang semalam, bahawa beberapa individu daripada pihak kerajaan menghubungi dan menawarkan PAS supaya menyertai Kerajaan Perpaduan ketika ini.

“Saya rasa eloklah mereka (PAS) terus berkawan dengan BERSATU.  Jangan perasan ada siapa nak tawarkan pada dia (Hadi),” katanya kepada pemberita pada Karnival Kerjaya MyFutureJobs dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah di Dewan Serbaguna Datuk Haji Abdullah Ahmad, dekat sini, hari ini.

Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut menolak dakwaan Abdul Hadi itu.

“Itu (dakwaan PAS ditawar sertai kerajaan) di luar pengetahuan saya,” katanya.

Semalam, Hadi mendakwa dihubungi “orang tertentu” beberapa kali yang menawarkan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

Namun, beliau mempersoalkan tawaran itu dan berkata, sepatutnya ia memberi “kelebihan kepada PAS” kerana mempunyai kerusi lebih banyak daripada parti lain.

Loading...
Terkini